Pendahuluan :-
Program Muzik di sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan minat murid dalam pengetahuan muzik, serta mengukuhkan kemahiran 3M. Nilai estetika dan kreativiti yang semulajadi pada murid dapat dipupuk dan dikembangkan melalui pengalaman-pengalaman dan kegiatan-kegiatan muzik. Murid juga dapat mempelajari dan mengenali unsur-unsur kebudayaan kebangsaan yang melambangkan keperibadian negara Malaysia. Pendidikan Muzik sekolah rendah meliputi kegiatan-kegiatan muzik seperti Nyanyian, Gerakan dan Genderang yang sesuai dengan perkembangan mereka.
Objektif :-
Tahap Satu
- Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti nyanyian, gerakan dan kumpulan instrumental
- Melahirkan daya kreatif melalui kegiatan muzik
- Mematangkan deria dengar, lihat dan rasa dalam muzik
- Mengenal beraneka irama dan melodi secara asas
Tahap Dua
(Tambahan unsur dari Tahap Satu)
- Mengenal dan membaca not, simbol serta makna istilah muzik yang asas
- Mencipta irama dan melodi yang selaras dengan kemampuan murid
- Mengenal unsur kebudayaan negara
Objektif Pengajaran
Melalui pengajaran Pendidikan Muzik murid dapat meningkatkan :
- Perkembangan psikomotor
- Kemahiran berinteraksi
- Kemahiran sebutan dan bahasa
- Penglibatan secara aktif dalam p & p
- Penerapan budaya kebangsaan
- Penerapan nilai - yakin diri, berani, kasih sayang, tolong-menolong, kesyukuran, patriotik dll
Sumber : Gambar dari internet
0 comments:
Post a Comment