Pages

Monday 24 October 2011

Pengenalan Pendidikan Muzik Tahap Satu & Dua

Monday 24 October 2011
Pendahuluan :-

Program Muzik di sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan minat murid dalam pengetahuan muzik, serta mengukuhkan kemahiran 3M. Nilai estetika dan kreativiti yang semulajadi pada murid dapat dipupuk dan dikembangkan melalui pengalaman-pengalaman dan kegiatan-kegiatan muzik. Murid juga dapat mempelajari dan mengenali unsur-unsur kebudayaan kebangsaan yang melambangkan keperibadian negara Malaysia. Pendidikan Muzik sekolah rendah meliputi kegiatan-kegiatan muzik seperti Nyanyian, Gerakan dan Genderang yang sesuai dengan perkembangan mereka.

Objektif :-

Tahap Satu
  1. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti nyanyian, gerakan dan kumpulan instrumental
  2. Melahirkan daya kreatif melalui kegiatan muzik
  3. Mematangkan deria dengar, lihat dan rasa dalam muzik
  4. Mengenal beraneka irama dan melodi secara asas

Tahap Dua
(Tambahan unsur dari Tahap Satu)
  1. Mengenal dan membaca not, simbol serta makna istilah muzik yang asas
  2. Mencipta irama dan melodi yang selaras dengan kemampuan murid
  3. Mengenal unsur kebudayaan negara

Objektif Pengajaran
Melalui pengajaran Pendidikan Muzik murid dapat meningkatkan :
  1. Perkembangan psikomotor
  2. Kemahiran berinteraksi
  3. Kemahiran sebutan dan bahasa
  4. Penglibatan secara aktif dalam p & p
  5. Penerapan budaya kebangsaan
  6. Penerapan nilai - yakin diri, berani, kasih sayang, tolong-menolong, kesyukuran, patriotik dll



 Sumber : Gambar dari internet








                  

                

    Sepintas Lalu..

    Salam perkenalan..
    Singgahlah sebentar di blog saya ini.  Semoga apa yang dipaparkan dapat dikongsi bersama..

    MUZIK DI HATIKU begitulah bunyi tajuk pada blog ini. Bagi saya mata pelajaran Pendidikan Muzik ada keistimewaan tersendiri. Banyak nilai yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Lagipun kita tentu biasa mendengar ungkapan bahawa muzik mampu memberi kedamaian. Jiwa seseorang akan tenteram, tenang dan gembira apabila mendengar muzik kegemarannya. Selain itu, kajian juga telah membuktikan bahawa muzik punya potensi untuk menjana edia dan daya kreatif, serta meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang itu..

       

    Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences), MUZIKAL merupakan antara unsur yang terpenting. Setiap orang punya kecerdasan atau bakat yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru harus dapat mencungkil bakat yang ada dalam diri murid-murid.
         


    Sumber : Internet
     
    ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates