Pages

Monday 12 December 2011

Pelajaran Teori

Monday 12 December 2011
Murid-murid Tahap 2 akan mengenal pelbagai simbol muzik seperti di bawah.


Mengenal Not & Klef

Minim

Krocet


Kuaver

Semikuaver

Klef Trebel



Mengenal Simbol Tangan Solfa



Mengenal Baluk & Meter




Sumber : Internet

Wednesday 7 December 2011

Nyanyian Tahun Lima

Wednesday 7 December 2011
Contoh lagu dan aktiviti yang dijalankan.

Tajuk : Nyanyian dan Gerakan
Tajuk Lagu : Mendaki Gunung Ledang
Aktiviti : Menyanyi dengan iringan muzik &
melakukan gerakan seperti orang berkawad mengikut rentak mac

Mendaki Gunung Ledang

Ku memandang Gunung Ledang yang tertinggi,
Terletak di tanah Hang Tuah,
Puncaknya sayup dan tinggi ke angkasa,
Tanda kemegahan Melaka.

Seorang puteri  dari Gunung Ledang,
Sultan Mahmud ingin meminang,
Malangnya baginda citanya kecewa,
Itulah satu lagenda.




Tajuk : Nyanyian dan Genderang
Tajuk Lagu : Hati Mulia
Aktiviti : Menyenaraikan nilai-nilai murni,
menyanyi sambil bertepuk tangan mengikut kiraan 2:4
& bermain tamborin dan kayu tik tok mengikut rentak lagu

Hati Mulia

Awas kawanku pesanan guru,
Sopan santun dijaga,
Berhati mulia sentiasa,
Tidak kira apa bangsa,
Iri hati mesti dijauhi,
Hidup kita dimulia.




Tajuk : Nyanyian Lagu Patiotik
Tajuk Lagu : Sejahtera Malaysia
Aktiviti : Menyanyi secara dua suara dengan iringan
& melukis suasana perpaduan di Malaysia

Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi,
Anugerahnya tiada terhingga,
Kedamaian kemakmuran,
Malaysia ku bahagia.

Dengan teka untuk berjaya,
Berbakti pada nusa dan bangsa,
Kami junjung cita-cita luhur,
Perpaduan seluruh negeri.

Seia sekata sehati sejiwa,
Menghadapi cabaran,
Kami setia kami sedia,
Berkorban untuk negara.

Bersemarak Malaysia tercinta,
Kibarkan panji kebesarannya,
Kami rela menjaga namamu,
sejahtera Malaysia.








Sumber : Buku Lagu Tambahan, gambar dari internet & video youtube

Sunday 4 December 2011

Nyanyian Tahun Tiga

Sunday 4 December 2011
Contoh lagu dan aktiviti yang boleh dijalankan di kelas.

Tajuk : Nyanyian dan Gerakan
Tajuk lagu : Jong Jong Inai
Aktiviti : Menyanyi dengan iringan muzik &
melakukan gerakan seperti dikir barat mengikut tempo lagu 

Jong Jong Inai

Jong jong inai Mak Ipong Rajawali,
Jong jong inai Mak Ipong Rajawali,
Jong jong inai Mak Ipong Rajawali,
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki,
Jong jong inai Mak Ipong Rajawali,
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki.

Semangkuk jeluk sepinggan dadar,
Tak cukup pulut tambah nasi dagang,
Semangkuk jeluk semangkuk dadar,
Tak cukup pulut tambah nasi dagang,
Jong jong inai Mak Ipong Rajawali,
Jong jong inai Mak Ipong Rajawali.




Tajuk : Nyanyian dan Genderang
Tajuk Lagu : Hadiah Hari Lahir
Aktiviti : Menyanyi secara berkumpulan sambil
bermain kerincing & kastenet mengikut kiraan 4:4

Hadiah Hari Lahir

Alangkah gembira hatiku,
Menyambut hari lahirku,
Ayah hadiahkan padaku,
Sepasang sepatu baru.

Ke sekolah aku menuju,
Dengan sepatu baru,
Akan ku jaga setiap waktu,
Hadiah hari lahirku.





Tajuk : Nyanyian dan Gerakan
Tajuk Lagu : Burung-burung
Aktiviti : Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
& melakukan gerakan mengikut lirik lagu

Burung-burung

Kasihan kau burung,
Mengapa engkau dikurung,
Terbanglah bebas di awan,
Bermain berkawan-kawan.

Wahai burung-burung,
Penghibur hati dan rawan,
Menyanyi bersiul-siul,
Berkejaran dalam taman.



Sumber : Buku Lagu Tambahan, video lagu youtube & gambar dari internet

Pendidikan Muzik Tahun Tiga

Contoh Rancangan Mengajar 1


Tajuk - Nyanyian dan Genderang


Hasil pembelajaran :-

1. Murid dapat menyanyi dengan sebutan yang betul dan jelas
2. Murid dapat memainkan alat genderang dengan tempo yang betul

Aktiviti :-

1. Guru mempamerkan gambar dan bersoal-jawab dengan murid mengenainya.


2. Guru memperkenalkan lagu Anak Itik Tok Wi dan memaparkan lirik lagu.

Anak Itik Tok Wi


Anak itik Tok Wi,
mandi dalam kolam,
sakit apa Tok Wi,
sakit sendi tulang.


Ubat apa Tok Wi,
ubat limau lelam,
sakit apa Tok Wi,
sakit sengal tulang.


3. Guru memperlihatkan video lagu. Lagu tersebut telah diubah.



3. Guru melatih murid menyanyi dengan betul.
·         Tanpa iringan muzik
·         Dengan iringan muzik dari CD lagu

4. Guru memperkenalkan alat genderang dan melakukan demontrasi cara memainkan kastenet dan tamborin dengan betul.





5. Murid menyanyi lagu Anak Itik Tok Wi sambil bermain tamborin dan kastenet dengan kiraan detik 4.4

6. Guru membimbing murid membuat persembahan di hadapan kelas.



7. Guru melakukan refleksi. Murid menceritakan perasaan mereka semasa mengadakan latihan dan persembahan di hadapan kelas.


Nilai - Kerjasama dan keyakinan diri
BBM/BBB - Gambar, carta lirik lagu, CD, radio, tamborin dan kastenet


Sumber - Gambar aktiviti di kelas, alatan Bilik Muzik dan gambar itik dari internet




Klasifikasi Alat Muzik 2

Pengenalan

Alat muzik tidak berpic adalah alatan yang hanya boleh memainkan satu nada sahaja.

Contoh alat muzik tidak berpic :


Rebana

 
Kompang

Kabasa


Timpani


Dram Bass


Sumber : Gambar dari internet

Wednesday 30 November 2011

Klasifikasi Alat Muzik 1

Wednesday 30 November 2011
Pengenalan

Alat-alat muzik boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu berpic dan tidak bepic. Alat muzik berpic adalah alat muzik yang boleh memainkan pelbagai not dan nada. Semua alat muzik bertali, bertiup dan berpapan kekunci termasuk dalam kategori alat muzik berpic.

Contoh Alat Muzik Berpic :

Alat muzik bertali

Harp

Biola

Gitar

Vena


Alat muzik bertiup


Harmonika

 
Trombon

Seruling 

Serunai

Trompet


Alat muzik berpapan kekunci

Xilofon

  
Piano

Akordeon

Keyboard

Melodian


Sumber : Gambar dari internet

Sunday 20 November 2011

Pendidikan Muzik Tahun Tiga

Sunday 20 November 2011
Contoh Rancangan Mengajar 3

Tajuk : Nyanyian dan Gerakan

Hasil Pembelajaran :
1) Murid boleh menyanyi lagu Ayam dan Musang dengan iringan muzik
2) Murid boleh melakukan gerakan yang sesuai dengan lirik lagu

Aktiviti :
1) Guru mempamerkan gambar haiwan dan berbincang tentang pergerakan haiwan tersebut
















2) Murid mengajuk pergerakan haiwan berdasarkan pengetahuan sedia ada
3) Guru memperkenalkan lagu

Lagu : Ayam dan Musang

Anak ayam dikejar musang,
anak ayam cari ibunya,
ibu ayam berlari terus lari,
dan ditangkap musang,
anak ayam mencari terus cari,
ibunya yang hilang,
oh kasihan oh kasihan,
aduh kasihan,
oh kasihan oh kasihan,
aduh kasihan,
aduh kasihan aduh kasihan.

4) Guru memperdengarkan lagu
5) Guru membimbing murid menyanyi dengan iringan muzik
6) Guru membimbing murid menyanyi sambil melakukan gerakan seperti ayam dan musang

Nilai - kasih sayang
BBM - CD, radio, gambar haiwan

Sumber : Alatan Bilik Muzik & gambar dari internet

Wednesday 2 November 2011

Pendidikan Muzik Tahun Lima

Wednesday 2 November 2011
Contoh Rancangan Mengajar 2

Pendidikan Muzik Tahun Lima

Tajuk - Rekoder

Hasil Pembelajaran :-
  1. Murid boleh memegang penjarian not B, A, G, C' dan D'
  2. Murid boleh meniup lagu Ode To Joy dengan tempo yang betul
Aktiviti :-
  1. Pengenalan rekoder - bentuk, jumlah lubang, cara memegang dan cara meniup yang betul
                                     
  1. Latihan penjarian rekoder berpandukan carta
                                     
  1. Pengenalan lagu Ode To Joy.
  2. Latihan meniup lagu dengan bimbingan
                                         
 
Nilai - berdisiplin dan berani
BBB/BBM - rekoder dan carta rekoder.

Sumber : Koleksi gambar dan video aktiviti kelas 

Monday 24 October 2011

Pengenalan Pendidikan Muzik Tahap Satu & Dua

Monday 24 October 2011
Pendahuluan :-

Program Muzik di sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan minat murid dalam pengetahuan muzik, serta mengukuhkan kemahiran 3M. Nilai estetika dan kreativiti yang semulajadi pada murid dapat dipupuk dan dikembangkan melalui pengalaman-pengalaman dan kegiatan-kegiatan muzik. Murid juga dapat mempelajari dan mengenali unsur-unsur kebudayaan kebangsaan yang melambangkan keperibadian negara Malaysia. Pendidikan Muzik sekolah rendah meliputi kegiatan-kegiatan muzik seperti Nyanyian, Gerakan dan Genderang yang sesuai dengan perkembangan mereka.

Objektif :-

Tahap Satu
  1. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti nyanyian, gerakan dan kumpulan instrumental
  2. Melahirkan daya kreatif melalui kegiatan muzik
  3. Mematangkan deria dengar, lihat dan rasa dalam muzik
  4. Mengenal beraneka irama dan melodi secara asas

Tahap Dua
(Tambahan unsur dari Tahap Satu)
  1. Mengenal dan membaca not, simbol serta makna istilah muzik yang asas
  2. Mencipta irama dan melodi yang selaras dengan kemampuan murid
  3. Mengenal unsur kebudayaan negara

Objektif Pengajaran
Melalui pengajaran Pendidikan Muzik murid dapat meningkatkan :
  1. Perkembangan psikomotor
  2. Kemahiran berinteraksi
  3. Kemahiran sebutan dan bahasa
  4. Penglibatan secara aktif dalam p & p
  5. Penerapan budaya kebangsaan
  6. Penerapan nilai - yakin diri, berani, kasih sayang, tolong-menolong, kesyukuran, patriotik dll



 Sumber : Gambar dari internet








                  

                

    Sepintas Lalu..

    Salam perkenalan..
    Singgahlah sebentar di blog saya ini.  Semoga apa yang dipaparkan dapat dikongsi bersama..

    MUZIK DI HATIKU begitulah bunyi tajuk pada blog ini. Bagi saya mata pelajaran Pendidikan Muzik ada keistimewaan tersendiri. Banyak nilai yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Lagipun kita tentu biasa mendengar ungkapan bahawa muzik mampu memberi kedamaian. Jiwa seseorang akan tenteram, tenang dan gembira apabila mendengar muzik kegemarannya. Selain itu, kajian juga telah membuktikan bahawa muzik punya potensi untuk menjana edia dan daya kreatif, serta meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang itu..

       

    Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences), MUZIKAL merupakan antara unsur yang terpenting. Setiap orang punya kecerdasan atau bakat yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru harus dapat mencungkil bakat yang ada dalam diri murid-murid.
         


    Sumber : Internet
     
    ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates