Alat-alat muzik boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu berpic dan tidak bepic. Alat muzik berpic adalah alat muzik yang boleh memainkan pelbagai not dan nada. Semua alat muzik bertali, bertiup dan berpapan kekunci termasuk dalam kategori alat muzik berpic.
Program Muzik di sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan minat murid dalam pengetahuan muzik, serta mengukuhkan kemahiran 3M. Nilai estetika dan kreativiti yang semulajadi pada murid dapat dipupuk dan dikembangkan melalui pengalaman-pengalaman dan kegiatan-kegiatan muzik. Murid juga dapat mempelajari dan mengenali unsur-unsur kebudayaan kebangsaan yang melambangkan keperibadian negara Malaysia. Pendidikan Muzik sekolah rendah meliputi kegiatan-kegiatan muzik seperti Nyanyian, Gerakan dan Genderang yang sesuai dengan perkembangan mereka.
Objektif :-
Tahap Satu
Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti nyanyian, gerakan dan kumpulan instrumental
Melahirkan daya kreatif melalui kegiatan muzik
Mematangkan deria dengar, lihat dan rasa dalam muzik
Mengenal beraneka irama dan melodi secara asas
Tahap Dua (Tambahan unsur dari Tahap Satu)
Mengenal dan membaca not, simbol serta makna istilah muzik yang asas
Mencipta irama dan melodi yang selaras dengan kemampuan murid
Mengenal unsur kebudayaan negara
Objektif Pengajaran Melalui pengajaran Pendidikan Muzik murid dapat meningkatkan :
Salam perkenalan.. Singgahlah sebentar di blog saya ini. Semoga apa yang dipaparkan dapat dikongsi bersama..
MUZIK DI HATIKU begitulah bunyi tajuk pada blog ini. Bagi saya mata pelajaran Pendidikan Muzik ada keistimewaan tersendiri. Banyak nilai yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Lagipun kita tentu biasa mendengar ungkapan bahawa muzik mampu memberi kedamaian. Jiwa seseorang akan tenteram, tenang dan gembira apabila mendengar muzik kegemarannya. Selain itu, kajian juga telah membuktikan bahawa muzik punya potensi untuk menjana edia dan daya kreatif, serta meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang itu..
Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences), MUZIKAL merupakan antara unsur yang terpenting. Setiap orang punya kecerdasan atau bakat yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru harus dapat mencungkil bakat yang ada dalam diri murid-murid.
Tugas di sekolah :-
Guru Pendidikan Muzik Tahun Lima, Guru Pendidikan Muzik Tahun Tiga, Guru Media dan Perpustakaan, Ketua Kelab Sains Perpustakaan, Naib Penyelaras Unit Beruniform dan Naib Penyelaras Kelab Guru
SKTP dibuka pada 2 Dis 1990. Kini jumlah guru dan staf adalah seramai 64 orang. Jumlah murid 725 orang. Sekolah ini terkenal di daerah Gombak kerana memenangi anugerah di peringkat zon dan daerah.